Sunday, 18 September 2011

Desa Impian

PENGENALAN

Desa  Impian merupakan Projek Taman Perumahan strategik di Tanah Merah, Kelantan.Sesuai dengan konsep "Kediaman Mewah,Komuniti Unggul". Jarak hanya 1000m dari Bandar dengan melalui Jalan Hospital sejauh 800m kemudian menyusur 200m ke Jalan Desa Impian .

Mempunyai landskap ciri-ciri unit kediaman  mewah, tampak unik, cantik dan menarik di kelilingi pokok-pokok hijau semulajadi dimana bukit sebagai latarbelakang dan diserikan oleh Sungai Maka.

Pintu Masuk Utama

Kawasan perumahan berpagar lengkap dengan kawalan keselamatan. Desa Impian merupakan yang pertama seumpamanya di Tanah Merah.

Penghuninya bakal menikmati kemudahan kolam renang , "club house" dan "jogging track" tidak lama lagi.(Sedang dibina)

Rumah-rumah jenis Banglo, "Grow Homes", Semi-D, teres mempunyai rekabentuk menarik. Sesiapa yang melihat pasti terpegun, rasa ingin memiliki mahupun mendiami kawasan tersebut.

Yang paling menarik ialah rumah-rumah tersebut boleh dibeli Bumi dan Non-bumi samaada Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Ramai yang berminat dengan keunikannya dan ianya merupakan satu peluang pelaburan yang mempunyai nilai aset yang tinggi.

Pada pandangan saya, Desa Impian bakal menjadi kawasan perumahan yang mempunyai fasiliti terbaik, didiami pelbagai kaum, kediaman mewah dan mampu milik.

 LOKASI DAN KELEBIHAN




Tanah Merah menjadi bandar yang tersohor sebagai bandar persinggahan sesiapa sahaja yang mengunjungi Kelantan dari sebelah utara tanah air. Bagi peniaga ataupun pembekal pula, mereka memilih Tanah Merah sebagai pusat edaran/transit barangan mereka kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah Negeri Kelantan.  

Desa Impian pula hanya terletak 1 km bersebelahan Bandar Tanah Merah. Pasti mempunyai banyak kelebihan dan kemudahannya yang tersendiri. Berikut adalah di antaranya:-
  • Suasana kediaman yang selesa dan nyaman dengan kehijauan pokok semulajadi.
  • Kawasan tinggi, tiada masalah banjir.
  • Kawasan perumahan berpagar dan berpengawal meningkatkan tahap keselamatan. 
  • Tiada masalah kesesakan lalulintas dan deruan enjin kenderaan walaupun bersebelahan bandar. 
  • Taman permainan kanak-kanak, kolam renang, "club house", "jogging track",  
  • Berdekatan pusat pentadbiran kerajaan, bank, Pusat beli-belah, balai polis, balai bomba, hospital, Sekolah-sekolah, masjid, stesen bas, keretapi  dan banyak lagi.
  • Berdekatan dengan daerah-daerah seperti Machang, Kota Bharu dan Jeli
  • Milikan rumah secara "freehold" bagi yang layak.  
Harga jualan bagi unit-unit tersebut adalah seperti berikut:-

1. Rumah Banglo 2 Tingkat       : Dari RM388 800.00
2. Grow Homes                        : Dari RM288 800.00
3. Semi-D 2 Tingkat                  : Dari RM348 800.00
4. Teres Satu Tingkat                : Dari  RM105 800.00

Hubungi 0139619777 atau e-MAIL: nshouses@gmail.com untuk keterangan lanjut. 


RUMAH-RUMAH DAN PEMANDANGAN SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN
Pandangan Depan Banglo 2 Tingkat 
Banglo 2 Tingkat - Pandangan Dari Luar
Banglo 2 Tingkat - Ruang Porch Letak Kereta
Banglo 2 Tingkat - Ruang Anjung
Grow Homes
Grow Homes- Pandangan Sisi
Semi-D Dua Tingkat
Semi-D Dua Tingkat


Teres Satu Tingkat
Teres Satu Tingkat-Telah Didiami

Pandangan Dari Laluan Masuk Utama

Taman Permainan Dan "Jogging Track"-Dalam Pembinaan

"Club House" dan Kolam Renang - Dalam Pembinaan
Kedudukan Kolam Renang Dari Rumah Semi-D 2 Tingkat
Semi-D 2 Tingkat - Dalam Pembinaan

Semi-D 2 Tingkat - Telah Diduduki